gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Soffi Jikan Kini Dirawat Di Hospital, Dipercayai Alami Jangkitan Kuman - “Dada Dia Sakit & Hati Suspek…”
HIBURAN
“Dia Gigil Sebab Trauma...Jangan Buat Innocent” – PA Ulas Reaksi Bella Astillah Beri Anugerah Pada Sophia AlBarakbah
HIBURAN
“Aku Pun Tak Heran Nak Salam Kau” – Adam Shah Kongsi Momen 'Awkward' Jumpa Individu Di Program Hiburan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

ASTRO GEMPAK ARTICLE

“Aku Pun Tak Heran Nak Salam Kau” – Adam Shah Kongsi Momen 'Awkward' Jumpa Individu Di Program Hiburan

gempak
gempak
04/08/2025
02:00 MYT
Sponsor Banner
“Aku Pun Tak Heran Nak Salam Kau” – Adam Shah Kongsi Momen 'Awkward' Jumpa Individu Di Program Hiburan
Pelakon Adam Shah meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap seorang individu yang didakwa bersikap sombong ketika bertemu dalam sebuah program hiburan baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di platform Thread, Adam mendedahkan ‘individu’ tersebut ketika bertemu didakwa seolah-olah sengaja tidak mahu bersalaman dengannya.
“Ada satu mamat ni, datang satu program. Acah-acah je perangai dia. Datang tegur, salam-salam, tapi dia boleh skip salam aku.
“Aku pun tak heran nak salam kau hanat. Perangai entah apa-apa…” tulisnya.
Menerusi hantaran sama, Adam turut menceritakan pengalaman lain ketika bertembung dengan individu sama dalam satu majlis Hari Raya sebelum ini.
“Dulu pernah bertembung dengan dia kat majlis raya, masa tu dia bawa anak. Kita pun beri lah duit raya, baru terhegeh-terhegeh nak salam.
“Kalau tak, buat-buat tak pandang,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, ada juga yang bertanya sama ada individu dimaksudkan itu merupakan artis.
“Artis juga ke?,” soal seorang netizen.
“Tak tau ler nak labelkan apa. Extra talent kot.” balas Adam.
Walaupun tidak menyebut nama secara jelas, komen itu memberi gambaran bahawa individu berkenaan mungkin pernah terlibat sebagai pelakon tambahan atau kru latar dalam produksi seni tempatan.
Sumber: Thread
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement