HIBURAN

"Jangan Takut Untuk Ketengahkan Wanita Sebagai Hero" - Nur Fazura

Asraf Aided 19/08/2019 | 12:27 MYT
Aktres jelita, Nur Fazura berpendapat bahawa industri filem dan drama tempatan harus lebih mengetengahkan wanita sebagai tunjang utama atau 'hero'.

Menurut Fazura, masyarakat sudah lama tidak disajikan dengan filem dan drama yang menononjolkan aspek memperkasakan taraf wanita atau 'women empowerment'.

"Kita sudah lama tidak disajikan dengan filem atau drama yang mengetegahkan wanita sebagai tunjang utama atau dalam kata lain, sebagai 'hero'.

"Dunia sudah berubah, sampai bila mahu tonjolkan lelaki sahaja sebagai fokus utama dalam filem dan drama.

"Jika berpeluang, saya ingin tampil lebih kerap dalam karya yang menonjolkan wanita selepas ini,"
kata Fazura kepada Gempak baru-baru ini.

Dalam pada itu, Fazura menambah, dia akui memilih watak yang ditawarkan kepadanya dan harus menolak tawaran jika ia tidak mengangkat martabat wanita.

"Saya tak mahu lagi melakonkan watak wanita yang ditindas seperti dipukul atau sebagainya, women are so strong!

"Ada juga beberapa tawaran yang menawarkan watak sebegitu namun saya telah menolaknya," tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Fazura bakal tampil dalam filem lakonan terbarunya iaitu Dendam Pontianak.

Filem Dendam Pontianak yang diedarkan secara rasmi oleh Primeworks Studios itu turut menampilkan Remy Ishak, Hisyam Hamid, Namron, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.

Ia bakal menjengah pawagam di seluruh negara bermula 12 September ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
#pelakon #Pelakon #Nur Fazura