HIBURAN
Kagum Masyarakat Berbilang Bangsa, Sean Lee Selasa Berlakon Drama Melayu
Pelakon Sean Lee mengakui selesa untuk berlakon di dalam drama Melayu serta watak yang berbeza agama.
Memetik laporan HLive, selepas laris dengan drama Sweet heart, terbaru Sean melakonkan watak lelaki kacukan Melayu Cina menerusi siri Demi Rindumu bersama Janna Nick.
“Saya okey untuk melakonkan watak lelaki yang berbeza agama, ia tak pernah jadi apa-apa isu kerana perkara itu menunjukkan kita menghormati setiap agama yang ada di Malaysia.
“Untuk saya melakonkan watak lelaki beragama Islam, bukan saya nak saja-saja tapi ini sebagai tanda hormat saya,” jelas Sean.
Tambah Sean lagi, hidup dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa membuatkan dia berasa orang Melayu mempunyai budaya yang cantik.
“Budaya Melayu sangat cantik dan saya kagum dengan keindahan yang ditonjolkan. Bila saya berlakon drama Melayu, ada watak masuk Islam, saya tiada masalah.
“Bagi saya itu semua pengetahuan baru. Saya dapat tahu pasal banyak budaya orang Melayu, selama ni kalau saya ada sesuatu pertanyaan pasal agama dan budaya, kini saya dah tahu dan tak akan salah faham,” ujarnya lagi.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video