HIBURAN

"Kali Ni Saya Nekad Nak Bersemuka Dengan Mereka Yang Kata Saya Macam-Macam Ni" - Zara Zya Cabar...

Badrul Hashim 24/04/2019 | 10:23 MYT
Sebelum ini ramai yang dikatakan dengki dengan Zara Zya yang mempunyai produk sendiri untuk dia menjadi seorang usahawan.

Baca:
“Dengki Sangat Kenapa? Saya Berlakon Pun Bukan Bagus Sangat…” – Zara Zya Kecewa
"Saya Akan Terus Meniaga Selagi Mampu" - Zara Zya

Terbaru, Zara merasakan ada pihak yang menuduh dia menagih simpati untuk melariskan produknya.

"Ada orang cakap saya tagih simpati sebab nak lakukan produk #trimzshot?

Memang betul laa org tak boleh tengok kita happy dan dapat sokongan kan?

"Saya cuma masa tu rasa helpless dan ada jugak yg tak puas hati kata saya cari publisiti murahan," tulis Zara pada satu entri di Instagramnya.

Menurut Zara, kali ini dia benar-benar nekad untuk bersemuka dengan mereka yang melemparkan pelbagai tuduhan kepada dirinya.

"Saya akan ada di karnival Jom Heboh TV3 pada 27 dan 28hb ni di Stadium Shah Alam.

"Saya nak cabar yang kritik saya melampau ni untuk jumpa saya depan2 dan bagitau terus ape yg dia tak suka sangat dgn saya," cabar Zara.

Jadi kepada yang kuat mengata dan membawang tu, ada berani dengan cabaran Zara Zya ini?

Kredit Gambar: Instagram
#pelakon #Zara Zya #Pelakon