HIBURAN
“Kerana Cinta Yang Mati, Aku Telah Menemui Cinta Sejati”- Aww Sweetnya Ucapan Elfira Untuk Suami
Pelakon Elfira Loy mendedikasinya sepotong nukilan manis buat suami tercinta, Faris Khairol Anuar.
Menerusi entri di Instagram (IG), Elfira telah memuat naik foto perkahwinan bersama suaminya yang merakamkan pasangan ini sedang tersenyum sambil merenung mata antara satu sama lain.
“Kerana cinta yang mati, aku telah menemui cinta yang sejati. Inilah saat yang ku nanti, cinta yang ingin ku bawa hingga ke syurga dan bukan saja duniawi...,” coretnya.

Terdahulu, Elfira selamat diijabkabulkan dengan tunangnya, Khairol Faris Anuar yang merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk, 1 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Foto: Instagram @elfiraloy