Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

"Kitaorang Pernah Jumpa 3 Kali Je Then Terus Kahwin, Very The Old School..." - Raja Ilya Teringat Kisah Cinta

Badrul Hashim 11/06/2019 | 05:25 MYT
Raja Ilya, pelakon yang pernah menjadi tumpuan kerana dikatakan mendapat tawaran berlakon dalam filem Marvel, kini sedang bahagia dengan suami tersayang.
Raja Ilya yang mengahwini jejaka Australia, Trent Garrett pada Disember 2018 mengakui keindahan menghabiskan masa bersama suaminya yang tersayang.
"We love Spending time together, getting to know each other better and understand each other weaknesses. Kitorang pernah jumpa 3 kali je then terus kahwin. Very the old school," tulis Raja Ilya pada satu entri di Instagramnya.
Menurut Raja Ilya, perkahwinannya itu mengingatkan kisah cinta ibunya pada satu ketika dulu.
"She use to torture us telling her love story with my dad over and over again, well biasa laa kan.. we have to listen," tulis Raja Ilya mengenangkan kisah ibu bapanya.
Tambah Raja Ilya lagi, paling kelakar apabila ibunya bercerita bagaimana nenek telah membawa ayah ke kilang tempat ibu bekerja untuk bertanyakan sama ada ibu sudi berkahwin dengan ayah.
"Every relationship unique sangat, special to everyone, and every individual ada kisah masing masing kan. What is your love story?" tanya Raja Ilya pada pengikutnya di Instagram.
Kredit Gambar: Instagram
#pelakon #Raja Ilya #Perkahwinan #Pelakon