HIBURAN
“Luka Yang Dah Nak Putus Jari Ni Lah Yang…”- Selamat Pembedahan, Karl Shafek Kongsi Imej Jari Bapanya
Bapa pelakon dan pengacara, Karl Shafek, Ibrahim Musa, selamat menjalani pembedahan selepas jari telunjuk kirinya terpaksa dipotong akibat tertetak dengan parang.
Karl menerusi akaun Instagramnya memanjatkan rasa syukur kerana bapanya sihat sepanjang proses itu dijalankan.
“Alhamdulillah, abah saya dah keluar petang tadi. Lepas ni dia kena pergi bersihkan luka kat Hospital Pekan je tiap-tiap hari sampai kering.
“Terima kasih doktor-doktor dan nurses Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan yang membantu dan merawat Abah.
“Semua staff hospital pun sporting dan baik-baik. Thanks juga kepada semua yang melawat dan mendoakan.
“Semoga Allah SWT kurniakan juga kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk anda semua. Aminn. #MyRambo,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan Insta Story, Karl berkongsi imej jari bapanya yang hampir terputus.
“Yes, luka yang dah nak putus jari ni la yang dia cuma balut dengan tisu dan ikat dengan getah je. Dengan harapan boleh sambung balik. Abah dulu askar, so jiwa dia memang kental. Selagi belum putus, apa ada hal,” tulisnya.


Sementera itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan kesembuhan bapa Karl.
Terdahulu, Karl memaklumkan kejadian itu berlaku disebabkan bapanya tertetak jari telunjuk kirinya secara tidak sengaja ketika mengupas kelapa dengan menggunakan parang baru-baru ini.
Foto: Instagram @karlshafek
Must-Watch Video