HIBURAN
"Malu Saya Nak Cerita, I Choose To Be Alone" - Peminat Sebak Baca Perkongsian Sharifah Haslinda
Peminat setia pelakon yang pernah popular sekitar tahun 1990-an, Sharifah Haslinda tersentuh membaca coretan hidupnya di Instagram.
Tulis Haslinda, 46, dia malu untuk bercerita tentang hidupnya dan kini memilih untuk bersendirian atas alasan tertentu.
"Selama 46 tahun saya di dunia ini sekarang baru saya faham, kenapa saya diuji dengan pelbagai masalah.
"Tuhan sayang saya, malu saya nak cerita dengan lebih terperinci.
"Dia bagi saya satu Jiwa yang sangat halus, so jadilah sensitif tak tentu pasal.
"I choose to be alone, untuk saya mendalami apa itu taqwa, apa itu kasih sayang yang sejati.
"Seperti apa yang Rasullullah s.a.w nak sampaikan, kasih sayang sesama insan walaupun tiada ikatan perkahwinan dan sebagainya," katanya.
Haslinda turut memohon maaf kepada peminatnya dan mengajak bersama-sama muhasabah diri sempena kedatangan bulan Zulhijjah.A post shared by لينن الخيرد??? (@lynn_alkhaired) on
"Dalam bulan Zulhijjah ini saya nak minta maaf pada semua, kesilapan yang nampak atau secara tak sedar.
"Banyak-banyakkanlah muhasabah diri supaya kita boleh nampak diri kita yang benar dan betulkan diri kita sendiri," tambahnya bersama hashtag #nouturn.
Coretan itu mengundang simpati peminat yang turut berkongsi pengalaman peribadi dan nasihat kepada pelakon yang pernah popular dengan filem Femina itu.
Must-Watch Video