HIBURAN
"Masalah Farid Kamil & Zul Huzaimy, Saya Tak Campur" - Diana Danielle
Pelakon, Datin Diana Danielle berharapa agar hubungan tegang suaminya, aktor Datuk Farid Kamil dan Zul Huzaimy kembali baik seperti dahulu.
Ketika diminta mengulas mengenai hubungan suaminya dan Zul Huzaimy, Diana berkata dia memilih untuk bersikap neutral tidak menyebelahi sesiapa.
“Saya dan Zul Huzaimy akan terlibat dalam sebuah program tidak lama lagi, kami tiada isu. Saya akan sentiasa menyokong Zul Huzaimy dalam apa juga yang dia lakukan.
“Saya juga berharap agar keadaan akan kembali neutral macam dulu,” katanya kepada Gempak.
Tambah Diana lagi, dia tidak mencampuri urusan Farid dan Zul Huzaimy berkenaan isu yang tercetus berkenaan filem Remp-It 2.
“Walaupun saya isteri kepada penerbit, saya harus bersikap profesional dalam urusan kerja. Saya menghormati kedua-dua pelakon, apatah lagi yang seorang itu suami saya.
“Apa yang boleh saya katakan ialah, saya menghormati keputusan Zul Huzaimy untuk tidak terlibat dalam Remp-It 2.
“Saya Cuma mahu Remp-It 2 ini menempa kejayaan kerana ia adalah sesuatu yang bermakna kepada kami.
“Saya harap suami dapat apa yang dia idamkan kerana sudah lama dia idamkan untuk menerbitkan filem sendiri, sejak Remp-It lagi.
“Semoga kita dapat berikan apa yang penonton mahukan,” ujarnya.
Diana Danielle ditemui ketika majlis sidang media memperkenalkan duta baru produk Perawan dan penjenamaan semula produk Dherbs – Terlajak Laris di Flora Terrace, Kuala Lumpur, petang Selasa.