HIBURAN
Masih Dalam Tempoh Percubaan Bertudung, Betty Banafe Mohon Dipermudahkan
Pelakon Betty Banafe akui selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji dia masih belum mengenakan hijab.
Menurut Betty dia masih dalam tempoh percubaan dalam memakai tudung sepenuhnya semenjak beberapa bulan ini.
"Selepas saya pulang dari mengerjakan ibadah haji, saya masih belum mengenakan hijab.
"Saya masih dalam tempoh percubaan dengan imej bertudung ini.
"Saya pernah berdoa kalau perkara itu baik untuk diri saya, semoga dipermudahkan," katanya kepada Gempak.
Betty ditemui ketika program beramah mesra bersama kanak-kanak sindrom down bersempena menyambut Hari Sindrom Down Sedunia di Rumah Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), Kuala Lumpur semalam.
Tambah pemilik nama Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, dia menyatakan ingin melaksanakan kewajipan lain terlebih dahulu.
"Memakai tudung ini memang wajib tapi bagi saya lebih penting adalah melaksanakan kewajipan lain.
"Saya utamakan kewajipan lain seperti menjaga solat, berzakat terlebih dahulu.
"Insyaallah doakan agar hati saya kuat untuk kekal bertudung," katanya lagi.