Skip to main content

Budaya Popular

“Memang Tak Lah” – Buat Akupuntur, Farah Nabila Disangka Lakukan Suntikan Botox

farah-nabilah-akupuntur-botox.jpg
Pelakon, Farah Nabilah menyangkal dakwaan melakukan suntikan botox pada bahagian wajahnya.

Dakwaan itu timbul apabila Farah berkongsi foto sedang melakukan rawatan akupuntur di akaun Instagramnya baru-baru ini.

“Weekly acupuncture for general well-being at @sensei_acupuncture_beauty (and smudged mascara)” kongsinya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Weekly acupuncture for general well-being at @sensei_acupuncture_beauty (and smudged mascara) ? ??‍♀️

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on


Foto tersebut merakamkan wajah Farah dicucuk lebih daripada lima jarum menyebabkan ada pengikutnya salah faham.

Farah kemudiannya membalas dakwaan tersebut menerusi ruangan komen antaranya,

“Memang tak lah”, dan “Cakap yang baik-baik jangan timbulkan fitnah okay,” tulisnya.


Bagaimanapun ada juga peminatnya turut  memberikan penjelasan mengenai perkara itu agar tidak disalah erti oleh pengikut lain.

“Dah terang-terang @farahnabilahofficial tulis acupuncture. Ade lagi yang tanya botox je. Apo wey acupuncture ni elok. Banyak kebaikkan. Antaranya untuk melancarkan peredaran darah, menyembuhkn sakit kepala, merawat stress, mencegah wajah lesu. Eh banyak lagi la. Dah stop, jangan tanya "Botox ke, botox ke" tulisnya @hazmirah_tan

Foto: Instagram @farahnanbilahofficial
 

Must-Watch Video

Advertisement