HIBURAN
Netizen Nak Cilikan Mulut Elly Mazlein... Eh, Dah Kenapa?
Pelakon, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein memang terkenal dengan karakternya yang lucu dan bersahaja.
Memulakan langkah dalam bidang seni menerusi bidang nyanyian, Elly yang popular dengan nama Kak Lina Pom Pom ini mengorak perjalanan sebagai seorang pelakon berbakat dan kini dia juga turut berjinak melibatkan diri dalam dunia pengacaraan.
Terbaru, Elly mula dipanggil dengan nama Senah gara-gara wataknya dalam drama bersiri yang sedang hangat bersiaran di slot Megadrama, Patah Sayap Bertongkat Paruh.
Menggalas tanggungjawab merealisasikan watak antagonis tersebut, Senah di tangan Elly mencuri perhatian kaki drama.
Menerusi pemerhatian di laman Twitter, penonton drama bersiri terbabit memberikan pelbagai reaksi terhadap watak Senah.
Berjaya membawakan karakter antagonis dengan baik, ada penonton yang geram sehingga mahu 'mencilikan' mulut Senah!
Ada juga memuji persembahan Elly yang kelihatan sangat 'in character' dan gelagatnya yang mencuri tumpuan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Patah Sayap Bertongkat Paruh merupakan drama bersiri terbitan Zeel Production dan skripnya hasil gandingan Marr Mohamad bersama Lynnda Sharudin.
Drama bersiri itu merupakan hasil adaptasi novel berjudul sama karya novelis Hana Ilhami.
Selain Elly, drama ini menampilkan gandingan Datuk Aaron Aziz, Fasha Sandha, Zarul Husin, Aman Aziz, Amelina, Cat Farish, Jalil Hamid dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan Patah Sayap Bertongkat Paruh arahan Along Kamaludin setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.
Gunakan hashtag #PatahSayapBertongkatParuh untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.