HIBURAN

“No! No! No! Don’t Ask Me Silly Questions!” - Liyana Jasmay

Amri Hassan 18/04/2019 | 07:56 MYT
Pelakon Liyana Jasmay enggan memberikan kerjasama untuk sesi temubual bersama media.
Liyana seolah-olah dapat menghidu soalan yang bakal ditanyakan berhubung kontroversi imej bertudungnya terkini.
“No! No! No! Don’t ask me silly questions!” jeritnya sambil berlalu pergi.
Liyana ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Rico Rinaldi di GMBB, Bukit Bintang, Kuala Lumpur hari ini.
BACA: "Cabut Dah Hijab..Bagus Jadi Diri Sendirikan .." - Hanya Pakai Topi, Liyana Jasmay Undang Kecaman Netizen
Baru-baru ini tular fotonya yang hanya memakai topi berwarna gelap hingga menampakkan sebahagian rambutnya.
Imejnya itu mendapat kecaman ramai hingga ada yang mempersoalkan niat asalnya bertudung.
Liyana mula bertudung pada Julai 2017.
#pelakon #Liyana Jasmay #Pelakon