HIBURAN
"Pantang Keturunan Hamba Orang Makan Duit Haram" - Aprena Manrose Kena Tipu Dengan.......
Pelakon Aprena Manrose mengakui menjadi mangsa penipuan dengan bekas pembantu peribadinya, Nur Qaleesya.
Melalui Instagram (IG) miliknya, Aprena meminta bekas pembantu peribadi yang diamanahkan untuk memegang wang hasil 'paid review' memulangkan kembali duit tersebut kepada peniaga syarikat online.
"Saya bagi peluang tapi awak sia-siakan @nurqaleesya_1.
"Saya maafkan awak tapi tolong settlekan duit yang awak dah ambil.
"Pantang keturunan hamba orang yang makan duit haram ni," tulis Aprena.
Rata-rata artis dan pengikut turut sama meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kes penipuan yang terjadi terhadap Aprena.
"@uqashasenrose2: Manusia mcm ni pun ada. Jangan bagi I nampak kelibat u ye @nurqaleesya_1.
"@tiz.zaqyah: My goodness!!
"@nelydiasenrose: Kenapa kena wujud manusia mcm ni.
"@beby_maembong: Alamak...Kan I pernah warning u baby..Ingat tak? Masa awal2 dia kerja dengan baby u. Ada ckp dia xamanah hati-hati...Dia kerja dgn I then hilang lari kerja dengan u..Tp masa tu customer I beli brg transfer kt account dia. Sampai sekarang tak bayar pon. Bengkung I pon Dia sonlap..@nurqaleesya_1..Aku diam ingat dah insaf
"@firdausbinhashim: Adoi..serabai gak la ada org amek kesempatan camni..Hopefully bnda ni leh jd pengajaran untuk u find ur next PA.
Walau bagaimanapun, sehingga kini Aprena belum memberi kenyataan lebih lanjut mengenai kes penipuan ini.
Sumber: Instagram Aprena