Skip to main content

Budaya Popular

Peminat Doakan Yang Terbaik, Patah Hati Lihat Emma Maembong Kongsi Foto Tidak Bertudung

emma-freehair.jpg
Buat pertama kalinya pelakon, Emma Maembong berkongsi foto terbaru yang merakamkan dirinya tidak bertudung,
 
Foto itu dimuat naik Emma selepas membuat pengakuan mengesahkan dirinya tidak lagi bertudung semenjak tiga hari lalu.
 
Bagaimanapun, pendedahan Emma itu mengundang pelbagai reaksi peminat selepas memuat naik foto tersebut hari ini.
 
“The one that always be there for me,” tulisnya ringkas.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The one that always be there for me ?

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminatnya meluahkan rasa kecewa dan patah hati dengan keputusan muktamad yang dilakukan oleh Emma.




 

Bagaimanapun tidak kurang juga ada yang mendoakan Emma agar kembali berubah selepas ini.




 

Terdahulu, Emma menegaskan tidakan terbabit yang diambil olehnya bukanlah contoh yang baik dan tidak ada kena mengena dengan kontroversi foto tular yang melanda Emma baru-baru ini.
 
BACA: Selepas 5 Tahun Berhijab... Emma Maembong Sah Buka Tudung, Kembali Free Hair
 
Foto: Instagram @emma_maembongofficial
 

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement