HIBURAN
“Pergi Kerja Anak Tak Bangun, Balik Dah Lena” – Kuat Cari Rezeki, Almy Dedah Suami Rindu Anak
Pelakon Datin Almy Nadia mendedahkan suaminya, aktor Datuk Fizz Fairuz sudah beberapa hari tidak bertemu anak-anak kerana terlalu sibuk mencari rezeki untuk keluarga.
Almy berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru diakaun Instagram miliknya harini.
Posting tersebut turut disertakan dengan foto merakamkan Fizz sedang memegang boto susu sambil menyusukan anaknya.
“Dah Beberapa Hari Tak Jumpa Anak” – Lama Tak Jumpa, Almy Nadia Kongsi Foto Suami Rindu Anak
“Kasih sayang seorang papa... Walaupun nak pergi kerja, angkut semua ikut hari ini sebabnya dah berapa hari tak jumpa anak-anak bini.
“Mana taknya, papa keluar pagi pergi kerja anak-anak tak bangun tidoq lagi, balik anak-anak dah lena.
“Jadi hari ini ada kesempatan walaupun sekejap angkut semua… Walaupun mama tengah pening-pening lalat… Layankan la anak-beranak ni,” tulisnya.
Baru-baru ini, Fizz dinonobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian menerusi Anugerah Skrin 2019.
Terdahulu, pasangan selebriti ini telah mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurnikan tiga cahaya mata Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3 dan Nur Afrina Ayra yang kini berusia 11 bulan.
Almy dan Fizz juga mempunyai seorang anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 10.
Must-Watch Video