HIBURAN
Pernah Ditipu Agensi Umrah, Ajak Shiro Beri Peringatan Kepada Semua Pihak
Pelawak dan pelakon Ajak Shiro mendedahkan pernah ditipu oleh sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej umrah.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri terbaru di akaun Instagram (IG) miliknya.
Ajak memberi peringatan supaya tidak sewenangnya mempercayai orang luar serta mempunyai perasaan berjaga-jaga.
"Jangan percaya datuk ke nenek ke datin ke haji ke hajjah ke..
"Saya bercakap sebab saya pun dah kena..Kalau la Allah tu pilih aku orangnya bawakkan mak bapak korang ke umrah..
"Insyaallah takde tipu-tipu ni..Sebab dah pernah pergi jadi tak tergamak nak tipu benda-benda macam ni.
"Korang doakanlah baba buat travel umrah ni..Bukan apa..Saya pun pernah kena tipu..
"Jadi berjaga-jaga la..Mak bapak kita bukan orang senang..
"Noreh getah ngumpul duit nak pergi..Penyudah kena tipu..Tak senang pun hidup kau penipu..
"Pada mangsa semoga Allah balas jemputan kalian ke tanah suci," tulisnya.
Ajak juga memaklumkan dia bakal berangkat ke tanah suci Mekah pada Jumaat ini.
"Doakan baba berangkat ke sana Jumaat ini," tulisnya lagi.
Must-Watch Video