Skip to main content

Budaya Popular

Raih Satu Juta Pengikut Di Instagram, MK K-Clique Luah Penghargaan Untuk Ibu

untitled-design-2019-10-25t010914-306.jpg
Penyanyi rap MK dari kumpulan K-Clique telah meraih satu juta pengikut di akaun Instagramnya (IG).
 
Menerusi laman sosial Instagram, teman baik  MK dan juga seorang model, Alicia Amin turut berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah entei di akaun IGnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Congrats on 1M @hairiwhuut . We don’t look the same btw, sebab sia lagi hensem. ? ?: @moses.paren

A post shared by Alicia Amin (@hangriii) on

 
MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 23, bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pengikut yang telah menyokong perjuangannya dalam industri muzik.
 
"Alhamdulillah untuk cinta dan sokongan yang saya dan K-Clique terima daripada semua.
 
"Saya bersyukur diberi kesempatan untuk membuat persembahan di hadapan anda yang menyokong saya,” ujar MK menerusi satu entri di IGnya pada Rabu.
 
Malah, dia turut memberikan penghargaan kepada ibu tercinta, Kamariah.
 
"Untuk ma, saya berharap ma tersenyum memberitahu pada semua orang yang saya anak lelaki ma,” tulisnya lagi.
 
 
Meninjau ruangan komen, rata-rata wargamaya mengucapkan tahniah kepada MK dan turut berbangga dengan pencapaiannya.
 
"A true king! So much respect for you bro,” kata seorang netizen.
 
"So proud of you, happy 1M champ!” ujar seorang netizen.
 
"Selalu bersama kamu bro dari susah sampai senang,” luah seorang netizen.
 
"Salam 1 million MK,” kata seorang netizen.
 
"Stay humble,” pinta seorang netizen lagi. 
 
Terdahulu, MK sering mencuri perhatian wargamaya apabila tampil lucu ketika berbual mesra bersama ibunya menerusi panggilan video.
 

Must-Watch Video

Advertisement