Skip to main content

Budaya Popular

"Rasa Ketenangan Terindah Yang Belum Pernah Dirasakan" - Erra Fazira Ingin Pergi Haji Setiap Tahun

erra-(1).jpg
Pelakon dan pengacara Erra Fazira akui menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah Haji setiap tahun sekiranya diberikan peluang.

Menurut Erra, ia merupakan perjalanan yang terindah sepanjang kehidupannya.

"Jika diberikan kesempatan dan dimurahkan rezeki, saya pasti ingin kembali lagi ke kota suci itu.

"Kalau tanya dengan orang yang dah pernah pergi, pastinya mereka ingin kembali semula ke Makkah..

“Alhamdulillah, ia perjalanan ibadah terindah bagi saya. Ia lebih indah daripada yang saya jangkakan sebelum ini.

"Keajaiban adalah saya rasa ketenangan terindah yang belum pernah dirasakan sebelum ini," katanya kepada Gempak.

Erra ditemui di majlis tayangan perdana filem Wangi di e@Curve, Damansara baru-baru ini.

Tambah Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, dia akan merindui setiap kenangan sepanjang berada di sana.

"Saya pasti akan merindui setiap kenangan sepanjang mengerjakan ibadah Haji. Terasa masa seperti cepat berlalu ketika di sana," tambahnya lagi.

Selain Erra, filem Wangi turut dibintangi oleh pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Nabila Huda, Syazwan Zulkifli, Mia Nasir, Nik Adam Mika dan Ruminah Sidek.

Filem arahan Mohd Latiff Zami ini ditayangkan mulai 5 September.
 

Must-Watch Video

Advertisement