Skip to main content

Budaya Popular

"Rasa Nak Pecah Jantung" - Adik Ditimpa Kemalangan, Que Haidar Syukur Semuanya Selamat

qhaidar.jpg
Pelakon Que Haidar berkongsi sekeping foto yang memaklumkan adik perempuannya terlibat dalam kemalangan.

Muat naik foto tersebut di laman Instagram miliknya dua hari lalu, Que bersyukur adiknya selamat.

"Dapat banyak message pagi tadi, bila buka message.. Bagitau adik perempuan saya accident.

"Alhamdulillah, adik saya selamat.. Tapi sebelum dapat tahu yang dia selamat, rasa nak pecah jantung tengok gambar-gambar yang dihantar.

"Setengah jam jugalah tunggu nak dapat berita macam mana keadaan adik saya.. Paniknya lain macam," tulis Que.
 

Di ruangan komen, rata-rata netizen dan pengikut laman Instagram Que turut memanjatkan rasa syukur selepas membaca perkongsian terbabit.

Pengikut laman Instagram Que juga turut mendoakan agar adik Que tenang dan sabar menghadapi dugaan.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Que

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement