HIBURAN
“Salam Jumaat! Siapa Bagi Ni Oi! Hahaha Dapat Bunga!”- Remy Ishak Terima Jambangan Bunga
Pelakon Remy Ishak diusik peminat selepas menerima jambangan bunga sempena ulang tahun kelahirannya yang ke- 37.
Lebih-lebih lagi apabila aktor kacak itu memuat naik tiga foto yang hampir sama dengan kapsyen yang berlainan sebanyak tiga kali.
“Mesti someone special bagi ni... Sampai 3 kali post... Happy Birthday!” tulis @einazkhairunhafinaz
“Suka sangat dekat orang bagi bunga ni sampai 3x post @remyishak,” usik @mokdeyah
“Kan... Lain macam dia punya happy,” coret @sharifahmariam_alattas
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak dilahirkan pada 11 April 1982.
Foto: Instagram @remyishak