Skip to main content

Budaya Popular

"Saya Bukan Sengaja Untuk Merokok ..." - Dynas Mokhtar

befunky-collage_154.jpg
Pelakon Dynas Mokhtar menekankan lakonan memerlukan dirinya merokok hanya untuk memenuhi tuntutan watak sebagai Mastura dalam filem Bella & Jamie.

Menurut Dynas dia bukan sengaja melakukannya tetapi ingin mengambarkan watak antagonis yang dimainkan.

"Menerusi filem Bella & Jamie, saya melakonkan watak antagonis yang memerlukan untuk menghisap rokok.

"Saya memang nak gambarkan watak yang saya mainkan itu sebagai wanita jahat.

"Saya bukan sengaja untuk merokok sebaliknya hanya memenuhi tuntutan wataknya sahaja," katanya kepada Gempak.

Dynas ditemui pada majlis tayangan filem Bella & Jamie yang diadakan di GSC Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar akui buruk kalau seseorang wanita itu merokok.

"Saya tengok diri sendiri merokok pun rasa buruk.

"Kenapa mempunyai rupa yang cantik tetapi merosakkan tubuh badan dengan merokok.

"Merokok itu membahayakan kesihatan," katanya lagi.

Selain Dynas, filem Bella & Jamie turut menampilkan barisan pelakon yang hebat iaitu Liyana Jasmay, Che Puan Juliana Evans, Izzue Islam, Khir Rahman, Bella Ngasri dan Sharifah Nadia.

Filem ini sedang ditayangkan di pawagam hari ini, 31 Januari.

Advertisement

Must-Watch Video