gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: The Show Must Go On! Keka Tetap Sambung Nyanyian Selepas Jatuh Daripada Tangga
HIBURAN
Aliff Syukri Rampas Takhta Khairul Aming! Masuk Malaysia Book Of Records, Jualan Capai Capai RM1 Juta Di TikTok Dalam Masa 2 Minit 32 Saat
HIBURAN
Konsert Istimewa Kotak x Arda Hatna Gegar Zepp KL 21 September Ini
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Saya Kurus Kerana Putus Cinta, Patah Hati Itu Sakit – Erwin Dawson

Fiza Kamarudin
Fiza Kamarudin
29/05/2017
14:35 MYT
Sponsor Banner
Saya Kurus Kerana Putus Cinta, Patah Hati Itu Sakit – Erwin Dawson
Pelakon Erwin Dawson mengakui berat badannya susut selepas putus cinta dengan kekasih hatinya dua bulan lalu.
Erwin atau nama sebenarnya Mohamed Erwin Shah Evan Dawson, 28, berkata, wanita tersebut merupakan seorang yang sangat istimewa di hatinya, tetapi terpaksa menerima hakikat jodoh mereka tidak panjang.
“Tidak perlulah saya sebut siapa nama dia. Cukup jika saya katakan dia bukan seorang artis tetapi saya mengenali dia menerusi laman sosial Instagram.
“Setahun kami menjalin hubungan cinta, tetapi ia tidak kesampaian. Saya pun tidak tahu mengapa kali ini saya betul-betul terkesan apabila putus cinta.
“Sebelum ini saya tidak pernah rasa begini. Mungkin kerana dia yang paling istimewa? Dia adalah kawan, sahabat dan kekasih. Jadi bila berpisah, saya rasa saya hilang kesemuanya,” katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Erwin, percintaannya kali ini banyak mengajar dia menjadi seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab, pemaaf dan penyabar.
“Dia wanita yang mengajar saya semuanya. Sukar untuk saya melupakan dirinya tetapi saya perlu buka buku baru.
“Jadi, untuk alih perhatian, saya akan berbual secara live di Instagram bersama peminat agar tidak terlalu memikirkan tentang apa yang telah berlaku,” ujarnya.
Bagaimanapun kata jejaka berasal dari Singapura ini, dia masih belum bersedia untuk kembali bercinta dalam masa terdekat.
“Biarlah saya fokus kepada kerjaya saya dahulu buat masa ini. Soal cinta atau jodoh saya serahkan kepada takdir,” katanya.
Erwin ditemui ketika sesi fotografi bagi mempromosikan filem baharu lakonannya berjudul Dubai My Love yang dijangka berada di pawagam hujung tahun ini.
Filem ini mengisahkan tentang Amar (lakonan Erwin) yang membawa diri ke kota Dubai setelah kecewa ditinggalkan pada hari perkahwinan.
Ketika di sana, Amar bertemu seorang wanita misteri yang tahu sejarah silam dirinya.
Dubai My Love merupakan filem arahan Aidilfitri Mohamed Yunos dan turut menampilkan pelakon lain seperti Hanna Aqeela, Putri Najuwa, Ben Ali dan Fazreen Fazeera.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Pelakon
#Erwin Dawson
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement