Skip to main content

Budaya Popular

"Saya Preggy, Dia Pun Preggy" - Comelnya Ucapan Hanez Suraya Sempena Hari Jadi Suami!

hanez-romie-header-(1).jpg
Pelakon Hanez Suraya melayangkan ucapan sempena hari jadi suaminya tercinta baru-baru ini.

Dalam ucapan itu, Hanez yang kini berbadan dua mendoakan kesejahteraan suaminya, Romie Razin Adilha berserta ucapan sweet ini.

"Happy birthday suami. Semoga dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki yang luas, sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan semoga sentiasa dilindungi Allah SWT. 

"Jadilah suami dan bapa yang baik untuk keluarga. Anak pun nak bertambah ni. Saya preggy dia pon preggy," tulisnya berserta foto sempena majlis sambutan hari jadi suaminya itu.

Nakalnya netizen apabila ada yang turut menyakat Romie dengan menulis komen-komen lucu pada gambar tersebut.

"Bang Romie, bila due tu?" tulis @jaja_azliza.

"Peyot sama-sama maju ke depan," tambah @suzie_musa.
 

Hanez dan Romie telah berkahwin pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, 3.

Advertisement

Must-Watch Video