Skip to main content

Budaya Popular

"Saya Rasa Sangat Teruja, Dah Lama Tak Dapat ......" - Wan Sharmila

befunky-collage_8.jpg
Nama aktres Wan Sharmila bukanlah sesuatu yang asing di kalangan peminat seni tempatan.

Sebut sahaja watak yang pernah dijayakan olehnya, hampir semua karater pernah digalas oleh wanita ini di kaca televisyen.

Setelah sekian lama tidak diberi tanggungjawab untuk memegang watak jahat, pelakon yang selesa disapa sebagai Lala ini kembali di layar skrin.

Lala teruja ketika bercerita mengenai watak jahatnya di dalam drama terbarunya yang akan ditayang mulai Julai ini.

"Saya berasa sangat teruja mendapat watak ini kerana sudah lama tidak dapat watak jahat di dalam lakonan.

"Saya akan menggunakan segala pengalaman yang ada untuk menjiwai watak itu sehingga menyebabkan penonton tidak menyukai dengan watak jahat tersebut.

"Walaupun watak saya bukan watak utama, tetapi saya berusaha untuk memastikan peranan yang dibawa itu berkesan bagi melengkapkan jalan cerita," katanya kepada Gempak.

Tambah Lala, dia kini baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri Cinta Tiada Ganti yang akan bersiaran di Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135).

Selain Lala, pelakon lain yang turut menjayakan drama tersebut adalah Nelydia Senrose, Aedy Ashraf, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Ben Amir dan ramai lagi.


Teks Oleh: Noor Zulaikha Yusof

Advertisement

Must-Watch Video