gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bukan Hal Yang Mudah! Andmesh Akui Jarang Bawa Lagu ‘Hanya Rindu’ - “Setiap Kali Bawa Lagu Ini Saya Akan…”
VIRAL
Pemenang Dua Pingat Emas Olimpik Maut Jatuh Sewaktu Mendaki
HIBURAN
Bukan Lagi Rahsia, Ramona Zamzam Dedah Identiti Sebenar Lelaki Yang Dipanggil ‘Ayah’ Sejak Kecil - “Dia Bukan Bapa Kandung Saya Tapi…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Saya Sering Jadi Mangsa Teknologi" - Isu Video Lucah, Zul Ariffin Tiada Sebab Untuk Marah

Asraf Aided
Asraf Aided
07/01/2020
09:24 MYT
Sponsor Banner
"Saya Sering Jadi Mangsa Teknologi" - Isu Video Lucah, Zul Ariffin Tiada Sebab Untuk Marah
Pelakon Zul Ariffin, 34, enggan memberi penjelasan lanjut berhubung isu penyebaran video lucah yang didakwa menampilkan individu mirip dirinya baru-baru ini.
Menurut Zul, dia tidak marah walaupun ini bukan kali pertama menjadi mangsa di internet.
BACA: Alamak! Video 'Panas' Mirip Zul Ariffin Tersebar, Akaun Instagram Sudah Dinyahaktif?
"Untuk hal yang berkaitan dengan isu video tersebut, saya tak mahu komen mengenainya.
"Tiada sebab untuk saya marah walaupun saya sering menjadi mangsa teknologi, mereka boleh buat apa sahaja yang mereka mahu," jelasnya.
BACA:“Sedangkan Muka Mark Zuckerberg Pun Orang Boleh ‘Deepfake’, Inikan Pula Saya” - Zul Ariffin
Zul berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Talbis Iblis di Hatter's Castel, Pulau Carey, Klang sebentar tadi.
Tambah Zul, dia tidak merasakan isu tersebut memberi kesan kepada karier lakonannya.
"Bagi saya, perkara ini tidak memberi kesan kepada kerjaya lakonan saya.
"Saya hanya menjaga kualiti lakonan di set penggambaran, itu tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon, apa yang berlaku selebihnya adalah kehidupan peribadi saya," tambahnya.
Terdahulu kecoh rakaman lucah berdurasi 45 saat yang merakamkan seorang lelaki didakwa mirip Zul.
Lelaki itu berada dalam keadaan berbaring sambil merokok sebelum menunjukkan alat sulitnya.
Lelaki berkenaan yang kelihatan seperti berada di sebuah bilik itu seolah-olah sedang berinteraksi dengan individu lain menerusi panggilan video.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Zul Ariffin
#Pelakon
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement