Skip to main content

Budaya Popular

"Selama Ini Saya Cipta Lagu Tentang Kenangan Kita, Tak Pernah Cipta Lagu Untuk Kamu..." - Romantisnya Mark Adam

01.jpg
Setiap orang ada cara tersendiri untuk menyambut hari istimewa pasangan masing-masing. Selain mendoakan, ada yang membawa keluar makan, membeli hadiah dan sebagainya.

Buat Mark Adam, kali ini dia mencipta lagu khas sempena hari lahir isteri tersayang, Norazah Redzuan.

"Selamat Hari Jadi Zan. Lagu ni saya cipta untuk Kamu.

Wahai esteri ku, selama ini saya mencipta lagu pasal kenangan kita, saya tak pernah cipta lagu untuk kamu tapi kali ini saya cipta lagu untuk kamu," tulis Mark.

Mark turut mendoakan semoga isterinya sihat selalu, selain daripada berterima kasih kerana menjadi orang yang menjaganya untuk menjadi lebih baik.
 

"Thank you so much for guiding me always to become a better person and for everything that you’ve shared to me, to my friends and my family.

"Mintak maaf dengan kekurangan dan kesalahan saya, you deserve all the wonderful things in this world dan akhir hayat Insyaallah. Love you so much," tulis Mark lagi.

Mark atau nama Islamnya Fikri Mark Adam Abdullah berkahwin dengan Norazah Redzuan pada tahun 2003.

Kredit Gambar: Instagram

Must-Watch Video

Advertisement