HIBURAN

Selepas Bersalin Anak Kedua, Fouziah Gous Gigih Berlatih Muay Thai

Mya Amri 18/01/2018 | 11:06 MYT
Pelakon Fouziah Gous akui tidak mudah untuk kembali melakukan rutin senaman selepas bersalin anak kedua.

Menurut Fouziah, dia sudah meninggalkan pembelajaran sukan Muay Thai selama 60 hari kerana berpantang.

Bagaimanapun, ibu kepada dua orang anak itu bersyukur kerana suaminya, Zhaf Yusof sanggup meluangkan masa untuk turut sama menemani dan melakukan latihan Muay Thai walaupun sibuk dengan kerja.

Selain itu, Fouziah juga berkongsi video pendek di akaun Instagram yang merakamkan dirinya bersama Zhaf sedang gigih melakukan senaman di sebuah pusat kecergasan semalam.

Video itu mendapat pujian daripada peminat yang gembira melihat pasangan ini saling memberikan semangat dan sokongan antara satu sama lain.

“Sebelah tu semangat betul. Dua- dua hebat!” -@dedeqrine

“Seronoknya dapat exercise sama-sama, lagi bersemangat dibuatnya ya,” -@ jamu.choco.yengyeng


Foto: Instagram: @fouziahgous
#pelakon #Gaya Hidup #Pelakon #Fouziah Gous