HIBURAN
Sering Terima Komen Nakal Di Instagram, Jasmine Suraya Ambil Langkah Tidak Peduli
Pelakon Jasmine Suraya menyatakan dia tidak menghiraukan komen-komen 'nakal' yang ditinggalkan di Instagram (IG) miliknya.
Namun, Jasmine akui kadang-kadang timbul perasaan untuk membalas balik kesemua komen tersebut.
"Biasanya saya akan buat tidak peduli sahaja dengan komen-komen tersebut.
"Kadang-kadang timbul juga perasaan ingin menghentam balik mereka di laman sosial.
"Bukan niat saya untuk buat apa-apa dengan memuat naik gambar seksi.
"Mungkin gambar itu ada sedikit seksi di mata orang lain tetapi bagi saya ia seksi yang bertempat," katanya kepada Gempak.
Jasmine ditemui ketika sidang media Malaysia's Make Up Artist Awards 2019 yang diadakan di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.
Tambah pemilik nama Jasmin Suraya Chin Xian Mei akui berasa kecewa kerana kebanyakan yang meninggalkan komen sebegitu adalah yang berumur bawah 18 tahun.
"Terus terang, saya cukup sedih dan kecewa bila saya tengok komen-komen ini datang daripada remaja lelaki yang usianya bawah 18 tahun.
"Kadang-kadang bila baca komen, saya fikir balik apa yang mereka tengok dan fikir.
"Saya tidak tahu apa yang ada dalam kotak pemikiran mereka," katanya lagi.