Pelakon Shah Iskandar mengakui dirinya gembira apabila dikecam oleh segelintir netizen.
Semuanya gara-gara watak antagonis yang sering dijayakan Shah semenjak kebelakangan ini.
"Saya akui, saya kini sering memainkan watak jahat dalam drama bersiri atau telefilem.
"Saya mencari watak yang baik untuk mewarnai portfolio saya dalam bidang lakonan dan watak antagonis memberikan saya kepuasan.
"Ada segelintir peminat yang mengecam saya kerana geram dengan watak yang saya bawakan. Apabila menerima maklum balas sebgitu, sudah tentu saya gembira kerana apa yang saya lakonkan memberi kesan di hati peminat," kata Shah.
Dalam perkembangan terbaru, pelakon kelahiran Singapura ini sibuk berniaga di bulan Ramadan.
"Saya kini berjinak-jinak dalam bidang perniagaan tetapi saya menjual produk milik isteri dan rakan saya. Alhamdulillah, sambutan yang diterima positif.
"Saya mempunyai perancangan untuk muncul dengan produk sendiri tetapi saya merupakan seorang yang cerewet. Jadi, mungkin ia akan mengambil masa yang lama," katanya ketika ditemui di majlis L'oreal Luxe The 4 Elements di Hotel Grand Hyatt KL baru-baru ini.
Majlis tersebut memperkenalkan empat produk terbaru jenama Lancome, Biotherm dan Giogio Armani.
Selain Shah, selebriti lain yang turut menghadiri acara tersebut ialah Adeline Tsen, Ramona Zamzam, Ryzal Jaafar, Nazeera Sardi, Ainul Aishah, Ruhainies dan ramai lagi.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Shah