Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Diraikan Dalam Resepsi Ala Inggeris

Syafiqah Jalal 03/04/2017 | 04:09 MYT
Selepas selamat diijabkabulkan pada Jumaat lalu, pelakon Sharnaaz Ahmad dan juga kakak kepada Neelofa, Noor Nabila telah diraikan dalam satu majlis resepsi yang indah semalam.
Majlis resepsi bertemakan ala Inggeris itu diadakan dengan meriah di hotel The Royale Chulan, Damansara.
Memilih persalinan serba putih rekaan pereka fesyen terkenal, Radzuan Radziwill, Nabila kelihatan begitu manis dan cantik bak seorang puteri.
Manakala Sharnaaz pula segak memakai sut hitam rekaan Cosry seperti putera raja.
Sementara keluarga sebelah pihak Nabila telah sedondon mengenakan pakaian bertemakan biru laut dan sut hitam bagi lelaki.
Keluarga sebelah pihak Sharnaaz pula memilih rona merah jambu untuk hadir ke majlis resepsi semalam.
Nabila menerusi laman Instagram telah berkongsi foto-foto sepanjang majlis resepsinya berlangsung.
Berikut merupakan foto yang dikongsi:
Teks oleh Syafiqah Jalal
#pelakon #Neelofa #Sharnaaz Ahmad #Pelakon #Noor Nabila