Pelakon Sharnaaz Ahmad yang juga suami kepada Noor Nabila menafikan sikap panas baran dirinya menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.
Sharnaaz menafikan dakawaan tersebut yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter, sebaik sahaja berita mengenai isterinya memfailkan peceraian disiar media.
Pengguna Twitter tersebut dikenali sebagai Anis Khalidi menulis ciapan, sikap panas baran Sharnaaz antara punca timbulnya permasalahan dalam perkahwinan yang dibina.
Bagaimanapun, ciapan tersebut mendapat reaksi daripada Sharnaaz yang membalas kembali sambil mendoakan kebahagian Anis.
“Cik Anis yang manis, semanis wajah namanya. Saya rasa awak telah menyelesaikan masalah rumah tangga saya dengan hanya satu kilas. Tahniah.
“Tapi, saya boleh jamin bukan soal baran yang menjadi masalahnya. Harap Cik Anis bahagia dunia akhirat,” tulisnya.
Dalam pada itu, pengikut Sharnaaz di laman Twitter mendoakan supaya pelakon filem Wangi itu bersabar dengan apa yang sedang berlaku.