Skip to main content

Budaya Popular

"Status Rindu Bukan Untuk Zizan Razak" - Mira Filzah

mfzizan.jpg
Aktres Mira Filzah menegaskan status rindu yang dimuat naik menerusi ruangan Instagram Stories miliknya beberapa hari lalu bersifat umum.

Mira juga menangkis dakwaan yang mengatakan status tersebut ditujukan kepada pelakon Zizan Razak dan menegaskan mereka hanya sekadar berkawan sahaja.

"Status itu bersifat umum, bukan untuk Zizan Razak. Saya tak sebut nama sesiapa atau menujukannya terhadap mana-mana individu.

"Saya juga ingin jelaskan sekali lagi yang saya tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Zizan. Jika ada yang berkata Zizan membalas status rindu tersebut, minta maaf kerana perkara itu saya tidak dapat komen," kata Mira.

Mengakui Zizan merupakan rakan yang baik, Mira mahu mengelak daripada bercerita mengenai perkara yang sama.

"Dia seorang yang baik tetapi kami memang kawan sahaja. Buat masa ini, saya mahu fokus terhadap kerjaya sahaja dan ingin mengukuhkan kedudukan dalam bidang seni.

"Kalau boleh, saya tidak mahu sering bercerita mengenai perkara yang sama sahaja," katanya ketika ditemui di acara pertunjukan fesyen Ariani Luminious Lebaran 2018 semalam.

Dalam perkembangan lain, Mira kini sedang giat menjalani penggambaran drama bersiri Rahsia Hati Perempuan yang bakal bersiaran di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Menerusi drama bersiri arahan Michael Ang itu, Mira bergandingan dengan Hisyam Hamid, Uqasha Senrose dan Fikry Ibrahim.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Mira & zizan

Must-Watch Video

Advertisement