Skip to main content

Budaya Popular

"Suka melaram ni tandanya nak dapat anak perempuan, betul ke? Maknanya keturunan I..." Anzalna Tanya Soalan...

01.jpg
Pada satu entri di Instagramnya, Anzalna Nasir bertanyakan soalan pada adik beradiknya.

"Orang tua cakap ibu mengandung yang suka melaram ni tandanya nak dapat perempuan, betul ke?

"Maknanya keturunan I memang semua perempuan ke macam mana?" tanya Anzalna ketawa dan turut tag Instagram adik beradiknya.

Tak cukup dengan itu, Diana Nasir turut meninggalkan komen seolah-olah menguatkan anggapan bahawa Anzalna sedang mengandungkan cahaya mata perempuan.

"Mama masa pregnant suka melaram - 5 Girls, I mase pregnant pun suka melaram - 3 girls, you masa pregnan pun melaram, maybe mungkin anak girl juga! Jaga-jaga Cik Salmah, genes Nasirs kuat okay Hahahaha," tulis Diana di ruangan komen.
 

Ramai juga peminat yang turut meninggalkan pendapat bahawa kuat melaram bermaksud akan mendapat cahaya mata lelaki.

"Masa pregnant 1st dulu memang suka makeup nak sentiasa lawa, keluar boy walaupun scan doktor kata girl banyak kali. 2nd baby girl, MasyaAllah, memang selekeh gila la nak pergi kerja pun kadang tudung malas nak iron," tulis @myaariena.

"Saya dulu pregnant anak perempuan tak suka makeup... pregnant anak lelaki suka sangat makeup," tulis @fatihahananiismail.

Anzalna turut terhibur dengan pelbagai komen daripada peminat-peminatnya.

"Hahahaha tergelak baca komen ibu-ibu. Macam-macam cerita. Thanks for Sharing," tulis Anzalna.

Anak lelaki atau perempuan, kami doakan agar semuanya baik dan sempurna.

Kredit gambar: Instagram

Must-Watch Video

Advertisement