Skip to main content

Budaya Popular

"Sumpah Macam Bab* Kau Berlakon .." - Gara-Gara Sering Bawa Watak Jahat, Fadlan Hazim Terima Makian Netizen

befunky-collage_548.jpg
Pelakon Fadlan Hazim mendedahkan dia telah menerima mesej daripada seorang individu yang tidak dikenali.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di Insta Stories akaun Instagram miliknya.

Dalam kiriman mesej tersebut, individu itu telah meninggalkan ayat yang berunsurkan kemarahan terhadapnya.

Tidak cukup dengan itu, Fadlan turut dipanggil dengan panggilan yang tidak sepatutnya.

Namun, Fadlan kelihatan tenang menerima mesej tersebut kerana tahu ia adalah impak lakonannya yang sering membawa watak jahat.



Lakonan Fadlan kini boleh disaksikalam drama Semua Salahku yang ditayangkan setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9 malam.

Advertisement

Must-Watch Video