Skip to main content

Budaya Popular

"Sumpah Padu!" - Single Baru Naim Daniel Capai 1 Juta Tontonan di YouTube Serta Trending Nombor 1

01.jpg
Pelakon dan penyanyi Naim Daniel pastinya berhak merasa gembira kerana single terbaharu beliau bertajuk Sumpah sudah menjejaki 1 juta tontonan dan semalam masih lagi trending di kedudukan pertama di YouTube.

"Alhamdulillah. Allah Maha Besar.

"Sumpah telah mencapai 1 juta tontonan dan masih di nombor 1 Youtube Trending. Terima kasih di atas sokongan semua," tulis Naim pada satu entri di Instagramnya.
 

Naim Daniel atau nama penuhnya Muhammad Naim Daniel Baharin memulakan karier sebagai seorang pelakon, namun selepas menamatkan pengajian dalam jurusan Pengajian Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM), dia semakin selesa untuk menyanyi dan mencipta lagu.



Kredit Gambar: Instagram

Must-Watch Video

Advertisement