HIBURAN
Sweet & Comel Sungguh Majlis Baby Shower Syatilla Melvin
Pelakon Syatilla Melvin bakal menimang cahaya mata keduanya tidak lama lagi.
Syatilla telah berkongsi beberapa keping foto majlis 'baby shower' bersama ahli keluarga dan kenalan rapat yang diadakan baru-baru ini.
"Alhamdulillah dan terima kasih untuk semua yang mai baby shower tilla dan sam semalam.
"Nasib baik la tak hujan ya allah oi. Dok berdoa dalam hati tak putuih-putuih semalam," tulis Syatilla.
Syatilla yang menggayakan busana berwarna kuning itu kelihatan sungguh comel dan gembira.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat sudah mula menunjukkan rasa tidak sabar untuk melihat anaknya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Selain ucapan tahniah, peminat turut mendoakan agar kesihatan Syatilla dan bayi dalam keadaan sihat.
Syatilla dan suami, aktor Shaheizy Sam berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syeriv Shaheizy pada 9 Mei 2017.
Apa kata kita lihat momen-momen indah sempena majlis 'baby shower' Syatilla Melvin.
Must-Watch Video