HIBURAN
“Syukur Dah 9 Bulan, Tak Tahu Nak Rasa Apa” - Betty Rahmad Tak Sabar Tunggu Kelahiran Anak Sulung
Pelakon, Betty Rahmad berkongsi rasa teruja dan tidak sabar menantikan detik kelahiran anak sulungnya.
Dalam satu majlis istimewa sebelum ini Betty mendedahkan bakal menimang cahaya mata lelaki.
Menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya, Betty menyatakan rasa syukur dan berharap agar segala urusan bersalin dipermudahkan.
“Alhamdulillah syukur, kandungan saya dah mencecah 9 bulan hari ini.
“Tak tahu nak rasa apa tapi sangat teruja. Semoga Allah permudahkan segala urusan untuk kita sayang. Amin, Amin,” tulisnya.
Terdahulu, Betty dan Ardy bernikah di Glamhall, Damansara Perdana tepat jam 8.47 malam pada 4 Februari lalu.
Foto: Instagram @bettyrahmad