Skip to main content

Budaya Popular

"Tak Nak Netizen Tambah Dosa" - Haqiem Rusli Tutup Ruang Komen & Pilih Gaya Hidup Sihat

haqiem-befunky-collage.jpg
Selepas seminggu sidang media mengenai isu despresi diadakan, Haqiem Rusli memberitahu dirinya lebih tenang dan mula mempraktikkan gaya hidup sihat.

Gara-gara suka melayari laman sosial, Haqiem Rusli gemar membuat carian namanya sendiri di aplikasi Twitter dan membaca komen-komen negatif pengguna tersebut.

"Salah saya. Kalau dulu saya suka cari nama sendiri di Twitter dan baca komen orang tentang saya. Dalam masa sama, saya ambil serius.

"Saya ambil langkah menutup ruang komen untuk tidak menggalakkan netizen menambah dosa sekali gus menyalurkan aura negatif.

"Bagaimanapun saya tidak akan memadam laman sosial dan akan terus berkongsi maklumat dan perkembangan terkini saya," katanya.

Penyanyi lagu, Jatuh Bangun mendedahkan bahawa dia kini lebih tenang berdepan dengan kritikan netizen selepas buang tabiat lama.

"Saya kini lebih tenang dan dalam usaha untuk menjadi individu yang lebih baik tanpa berfikir situasi yang sudah lepas.

"Buat masa ini saya kurangkan aktiviti pentas dan banyak menghadiri program bual bicara mengenai isu despresi," katanya kepada BH Online.

Dalam masa yang sama, Haqiem Rusli turut meluahkan rasa syukur kerana peminat dan rakan-rakan sentiasa memberikan bantuan dan sokongan emosi kepadanya.


Teks Oleh: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: BH Online

Must-Watch Video

Advertisement