HIBURAN
Tak Tahan Tanggung Sakit, Mas Khan Jalani Pembedahan Lutut
Pelakon drama bersiri Suri Hati Mr Pilot, Mas Khan terpaksa menjalani pembedahan lutut pada bahagian kaki kanannya di sebuah hospital swasta di ibu negara.
Aktor ini terpaksa melakukan pembedahan pada kecederaan dikenali sebagai 'ligament anterior cruciate' (ACL) kerana sudah tidak dapat menahan sakit yang ditanggung sejak April lalu.
"Saya mengalami kecederaan itu ketika menjalani penggambaran telefilem pada April lalu tetapi ia bukan ketika bekerja.
"Ketika itu, saya sedang duduk dan berpaling apabila ada orang memanggil saya. Tiba-tiba, saya terdengar bunyi meletup dari lutut saya," kata Mas.
Selepas selesai pembedahan, pelakon filem KL Special Force ini bakal berehat selama dua bulan untuk menjalani sesi fisioterapi.
"Sejak kejadian tersebut, saya menahan sakit dan sekarang baru saya dapat menjalani pembedahan. Saya tidak mahu kecederaan dialami bertambah melarat dan akan menyebabkan masalah lain," katanya.
Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: mStar Online
Must-Watch Video