Skip to main content

Budaya Popular

"Tarik Rambut? Tarik Telinga Sampai Berdarah? Awak Ustazah Kot!" - Abby Abadi

abbytahfiz.jpg
Pelakon dan bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi berkongsi cerita mengenai kejadian seorang pelajar perempuan sekolah tahfiz yang diberi layanan kasar oleh seorang ustazah yang bergelar warden.

Abby berkongsi cerita ini menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.

"Semalam punya cerita. Hari ni baru sempat nak cerita. Ambil @marissadaniaaaaa_ balik cuti, tapi sebelum tu jumpa dulu Ustazah yang jaga di asramanya. Alhamdullillah yang baik-baik saja tentang si cantik lawa manis Mama ni. Hafazannya baik, akademiknya baik. Perangai pun baik hehehe.. Semoga kekal kebaikkan tu sampai besar ye adik ye.

"Ada satu cerita menarik, lepas balik dari ambil Dania. (terpaksa rombak sikit jalan cerita bagi menutup aib). Kami tak balik terus, sementara suami pergi solat jumaat, kami singgah makan.

"Jumpalah seorang hamba ALLAH ini. Dan berceritalah dia. Katanya anak saudara dia duduk asrama juga (tahfiz). Baru-baru ni anak saudara dia dijeritkan sewaktu mandi oleh ustazah warden, bergegar pintu bilik air di ketuk ustazah warden tu sebab katanya ustazah tu tak puashati kenapa anak saudaranya tak solat jemaah.

"Walhal anak saudaranya dah bagitau, dia istihadah. Kalau duduk asrama, siapa istihadah boleh solat sendiri (Tau tak istihadah ni apa? Period lebih 15 hari). Ustazah warden tu sungguh-sungguh tak percaya plus tak puashati agaknya sampai tarik rambut anak saudara dia, tarik telinga sampai berdarah.

"Menangis teresak-esak budak tu & dipujuk oleh kawan-kawannya yang ketakutan tengok ustazah warden yang macam naik hantu tu. Isunya disini, budak tu dah bagitau dia istihadah, kenapa perlu buat anak orang sampai macam tu? Tarik rambut? Tarik telinga sampai berdarah? Awak ustazah kot! 

"Budak tu dalam proses belajar nk jadi ORANG, kenapa ustazah warden tu macam kaklong kawasan perangainya? Kan bayar mahal yuran sekolah tu? Kenapa berani sangat sampai macam tu? Kalaulah budak tu ada penyakit, tiba-tiba ustazah tu kasar-kasar dengan dia, mati budak tu macam mana? Tak pasal-pasal je kena tangkap nanti. Beringat sikit.

"Dipendekkan cerita, saya dimaklumkan malam tadi mak pak budak tu dah call sendiri ustazah tu & tanya kenapa dan kenapa.. Boleh ustazah tu jawab.. Dia difitnah... Aduhai Ustazah warden, ramai budak-budak lain kat situ.

"Masa awak gegar pintu bilik air tu pun dalam bilik air tu pun bukan budak tu sorang. Fitnah apanya? Buat berani, ngaku jelah. Bagitahu je Saya gangster kampung pisangkan senang?

"So kawan-kawan yang ada disini, nak tanya pendapat.. perlu didiamkan saja hal ni (konon untuk tutup aib ustazah warden tu) atau panjangkan pada pengurusan?" luah Abby panjang lebar.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Semalam punya cerita ? Hari ni baru sempat nak cerita ? . Ambil @marissadaniaaaaa_ balik cuti, tp sblm tu jumpa dulu Ustazah yg jaga di asramanya. Alhamdullillah yg baik2 saja tentang si cantik lawa manis Mama ni. Hafazannya baik, akademiknya baik. Perangaipun baik hehe.. semoga kekal kebaikkan tu sampai besar ye adik ye . Ada satu cerita menarik, lepas balik dari ambil Dania. (terpaksa rombak sikit jln cerita bg menutup aib?) . Kami tak balik terus, sementara suami gi solat jumaat, kami singgah makan. Jumpalah seorang hamba ALLAH ini. Dan berceritalah dia. Katanya anak saudara dia duduk asrama juga (tahfiz). Baru2 ni anak saudara dia dijeritkan sewaktu mandi oleh ustazah warden, bergegar pintu bilik air di ketuk ustazah warden tu sbb katanya ustazah tu tak puashati kenapa anak saudaranya tak solat jemaah. Walhal anak saudaranya dah bgtau, dia istihadah. Kalau duduk asrama, siapa istihadah buleh solat sendiri (tau tak istihadah ni apa? Period lebih 15hari). Ustazah warden tu sungguh2 tak percaya + x puashati agaknya sampai tarik rambut anak saudara dia, tarik telinga sampai berdarah. Menangis teresak2 budak tu & dipujuk oleh kawan2nya yg ketakutan tengok ustazah warden yg mcm naik antu tu . Isunya disini, budak tu dah bgtau dia istihadah, kenapa perlu buat anak org sampai macam tu? Tarik rambut? Tarik telinga sampai berdarah? Awak ustazah kot! Budak tu dlm proses belajar nk jadi ORANG, kenapa ustazah warden tu mcm kaklong kawasan perangainya? Kan bayar mahal yuran sekolah tu? Kenapa berani sgt sampai mcm tu? Kalaulah budak tu ada penyakit, tiba2 ustazah tu kasar2 dgn dia, mati budak tu mcmana? Tak pasal2 je kena tangkap nanti. Beringat sikit . Dipendekkan cerita, sy dimaklumkan mlm tadi mak pak budak tu dah cal sendiri ustazah tu & tanya kenapa dan kenapa.. buleh ustazah tu jawab.. dia difitnah... Aduhai Ustazah warden, ramai budak2 lain kat situ. Masa awk gegar pintu bilik air tu pun dlm bilik air tupun bkn budak tu sorg. Fitnah apanya? Buat berani, ngaku jelah. Bgtahu je Sy gangster kg pisangkan senang? ? . So kawan2 yg ada disini, nk tanya pendapat.. perlu didiamkan saja hal ni ( konon utk tutup aib ustazah warden tu) atau panjangkan pd pengurusan?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on


Di ruangan komen, rata-rata peminat Abby meluahkan rasa tidak puas hati terhadap individu terbabit.

Netizen juga beranggapan kelakuan ustazah itu harus dipanjangkan kepada pengurusan dan diperhalusi oleh pihak yang sepatutnya.

Must-Watch Video

Advertisement