Gempak logo
Breaking news banner
Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

"Teater Pokok Satu Dalam Seribu" - Haliza Misbun

article-author-avatar
Zulaikha Yusof 05/12/2018 | 10:43 MYT
Teater Pokok Satu Dalam Seribu - Haliza Misbun
Pelakon Haliza Misbun, 45, mengaku teater Pokok sangat istimewa baginya dan oleh sebab itu, dia membuat keputusan untuk menerima tawaran terbabit.
Menurut Haliza, hasil karya gabungan dua figura yang hebat membuatkan dia tertarik untuk mengharungi cabaran bagi membawakan watak Mardiah.
Pokok sangat istimewa kerana pengarah dan penulisnya, U-Wei Hajisaari serta Tan Sri Johan Jaaffar yang merupakan dua tokoh hebat dalam bidang seni serta bidang sastera dan media.
"Kombinasi yang sangat kuat ini membuatkan saya keberatan untuk menolak tawaran bagi membintangi Pokok.
"Walaupun sukar untuk membawa watak Mardiah, namun saya gagahi juga kerana teater Pokok satu dalam seribu," katanya.
Haliza ditemui pada Majlis Pratonton Teater Perdana Pokok di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) malam tadi.
Aktres yang terkenal dengan drama bersiri Cinderella itu berkata, pada masa kini masih ada segelintir kelompok peminat yang setia dengan pementasan teater.
"Walaupun tidak pecah panggung, Insya-Allah akan penuh auditorium ini pada hari teater dipentaskan," katanya kepada Gempak.
Selain Haliza, teater Pokok turut menampilkan barisan pelakon senior seperti Ebby Saiful, Rahim Jailani dan Buyong Zasdar.
Pokok bakal dipentaskan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka bermula 7 hingga 16 Disember ini.
Tiket berharga RM30 dan RM50 boleh didapati di www.airasiaredtix.com.
#pelakon #Pelakon #Haliza Misbun