HIBURAN
#Throwback2017: Panas & Kontroversi Sepanjang Tahun Ini!
Kalendar 2017 tidak terlepas dengan cerita kontroversi hangat yang melibatkan selebriti tempatan.
Isu yang timbul membuatkan nama selebriti yang terlibat dicemari dengan kesan buruk.
Namun begitu, selebriti juga merupakan manusia biasa dan tidak terlepas dari kesalahan.
Astro Gempak menyingkap 10 kontroversi paling hangat sepanjang tahun 2017:
1. Iqram Dinzly Dituduh Gila
Gara-gara berkelakuan pelik di laman Instagram, Iqram Dinzly dilabel sebagai gila dan sesat oleh sesetengah netizen.A post shared by DR. Princhiqy Dinzly (@iqramdinzly) on
Tuduhan jahat itu timbul apabila pelakon drama bersiri Dunia Baru ini sering membuat sesi 'live' di laman Instagram miliknya meluahkan perasaan serta menari dalam keadaan pelik.
Kelakuan pelik Iqram turut mendapat perhatian rakan artis seperti Erma Fatima, Datin Anne Ngasri serta Mufti Wilayah Persekutuan.
2. Izreen Azminda Nikah Suami Orang
Kisah pernikahan Izreen Azminda bersama pemuzik Mohd Radzi Abdul Wahid atau Ude menggemparkan ramai pihak sekitar awal Disember ini.A post shared by MRS IZREEN AZMINDA (@izreen.azminda) on
Status Izreen mula diragui apabila dia mempamerkan kebahagiaan di laman Instagram dan menukar nama kepada Madam Izreen Azminda Radzi.
Isteri pertama Ude, Intan Liana mendedahkan suaminya telah berkahwin dengan aktres itu sebelum Izreen atau Ude mengakui perkara tersebut kepada pihak media.
Kontroversi itu semakin hangat apabila ia menjadi topik perbualan netizen selepas Ude mengakui Izreen merupakan isteri keduanya dan mereka bernikah pada 8 Ogos lalu.
Pengguna laman sosial memberikan kecaman teruk kepada Ude dan Izreen sehingga mereka menutup ruangan komen di laman Instagram masing-masing.
3. Fattzura Tunang & Nikah Tertutup
Kisah pasangan yang diberikan nama panggilan Fattzura, Fattah Amin dan Nur Fazura menjadi cerita sebutan ramai pihak.
Kontroversi mula tercetus apabila Fazura menggantikan tempat Neelofa dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella.
Pelbagai isu timbul tetapi dapat ditangani dengan baik oleh merpati dua sejoli ini.
Fattzura mendedahkan mereka sah mengikat tali pertunangan selepas pulang daripada mengerjakan ibadah Umrah pada pertengahan November.
Mereka sekali lagi menggegarkan radar industri hiburan apabila bernikah secara tertutup di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur pada 27 November 2017.
4. Datuk Boy Iman Dituduh Menipu RM6.2 Juta
Sekitar Oktober lalu, pelakon yang merupakan Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Boy Iman direman susulan penipuan jualan rumah bernilai RM6.2 juta yang didakwa dilakukan oleh syarikatnya bersama Juta Kelulut Global Resources.A post shared by Dato' Dr Norul Iman A Rahman (@datodrboyiman_dbi) on
Boy direman enam kali bagi membantu siasatan dan laporan polis berkaitan kes penipuan tersebut dibuat di seluruh negara.
Syarikat tersebut menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.
5. Perkahwinan Ekspres Hafiz Hamidun & Joy Revfa

Kisah kontroversi perkahwinan peserta Gema Gegar Vaganza, Hafiz Hamidun bersama usahawan kosmetik, Joy Revfa menjadi bualan netizen.
Mendirikan rumah tangga pada 1 Mei selepas beberapa bulan berkenalan, perkahwinan Hafiz dan Joy mula didakwa berantakan apabila mereka tidak lagi tinggal sebumbung.
Hafiz dikatakan meragui status perkahwinan mereka serta tiada persefahaman antara pasangan ini menjadi punca perbalahan di laman sosial masing-masing.
Lebih teruk, pelbagai spekulasi timbul sehingga ada pihak mendakwa Hafiz tergolong dalam 'geng kunyit' serta Joy didakwa gemar mengaibkan suaminya di laman sosial.
Akhirnya, Hafiz dan Joy sah bercerai talak satu pada 25 Oktober lalu.
6. Fathia Latiff Menari Seksi, Tayang Buah Dada di Bigo Live

Video pelakon baru, Natasha Elyzza bersama seorang wanita mirip Fathia Latiff menari seksi sehingga menampakkan buah dada menjadi bualan netizen pada pertengahan September.
Pada awalnya, Natasha menafikan wanita itu adalah Fathia manakala aktres berhijab ini juga enggan membuka mulut memberikan sebarang komen.
Selepas video itu semakin hangat diperkatakan, Fathia tampil dan mengakui wanita tersebut adalah dirinya.
Tambah Fathia, dia menyesali perbuatan tersebut dan menjadikan insiden itu sebagai iktibar.
7. Skandal Shahir & Mona

Sekian lama mendiamkan diri, Shahir Zawawi akhirnya kembali memeriahkan industri hiburan dan menyertai AF Megastar.
Menjelang minggu-minggu akhir AF Megastar, nama Shahir terpalit dengan kontroversi apabila gambar Shahir bersama seorang pramugari, Mona Syamimi tersebar di laman sosial.
Shahir tampil menafikan dirinya mempunyai hubungan dengan Mona namun wanita itu mendakwa dirinya mempunyai bukti yang dia sedang rapat bersama Shahir.
Kontroversi itu hampir membuatkan Shahir menarik diri dari pentas akhir AF Megastar dan turut menjejaskan hubungan Shahir bersama Erra Fazira.
8. Kontroversi Emma, Kamal, Zahirah & Zul

Kisah antara empat orang pelakon ini agak 'complicated' namun menjadi bualan hangat peminat.
Emma Maembong mendakwa dia tidak lagi mempunyai hubungan bersama Kamal Adli dan apabila ditanyakan mengenai status percintaan mereka, Emma mengajukan persoalan itu kepada Zahirah Macwilson.
Kamal dan Zahirah mula rapat apabila gandingan mereka dalam drama bersiri Duda Pujaan Dara menjadi bualan dan wujud dakwaan mengatakan mereka menjalin hubungan cinta.
Zul Ariffin enggan mengambil peduli kontroversi yang tercetus antara mereka bertiga dan menganggap isu ini tidak perlu diperkatakan kerana dia mahu fokus terhadap bidang lakonan.
9. Skandal Karaoke Aliff Aziz, Bella Astilah & Afifah Nasir
A post shared by Aliff Aziz (@aliffaziz91) on
Penghujung Julai lalu menyaksikan nama Aliff Aziz sekali lagi terkait dengan kontroversi bersama isterinya, Bella Astillah dan adik Anzalna, Afifah Nasir.A post shared by Afifah Nasir (@afifahnasir93) on
Aliff ditahan polis apabila Bella membuat laporan dikasari oleh suaminya di sebuah kelab karaoke di Cheras.
Bella yang baru sahaja berpantang anak pertama selama 20 hari dikatakan mencari Aliff yang didakwa sedang bersama seorang wanita yang didakwa sebagai Afifah.
10. Rita Rudaini Didakwa Kacau Rumah Tangga Aqasha


Nama Rita Rudaini dikaitkan dengan Aqasha selepas mereka bergandingan dalam drama bersiri Misi Laksam dan Laksa.
Rita didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Aqasha bersama Baizura Sabri dan menjalin hubungan mesra dengan pelakon tersebut.
Baizura memuat naik paparan perbualan mesra antara suaminya bersama seorang aktres yang didakwa sebagai Rita di laman Instagram miliknya.
Namun begitu, Aqasha dan Rita menjelaskan yang hubungan yang terjalin antara mereka sangat profesional dan atas dasar kerja sahaja.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Must-Watch Video