HIBURAN
“Tuan Ni ‘Public Figure’…Janganlah..." - Kerana Sekeping Foto, Shah Rezza Dikritik Netizen
Pelakon, Datuk Shah Rezza ‘ditarbiah’ warganet gara-gara memuat naik foto bersama sekumpulan transgender di laman sosial Instagram (IG)nya, semalam.
Pada ruangan kapsyen Shah Rezza telah memberitahu dia tidak menghakimi orang lain kerana baginya mereka mempunyai kisah hidup masing-masing.
“Persembahan yang baik dan saya tidak menghakimi orang lain. Semua orang ada perjalanan mereka sendiri dalam hidup (Ladies in red... Ooops is it lady boys in red! Beautifup performance and I don’t judge people. Everyone have their own journey in life...),” tulisnya.
Foto tersebut telah mengundang pelbagai reaksi warganet sehingga ada yang sanggup menuduh pelakon Ali Setan itu menyokong LGBT.
“Rasulullah S.A.W dah berpesan jauhkan golongan ini kerana golongan ini sakit mereka harus bersendirian hanya itu sahaja yang membantu mereka.
“Is not about hukuman yang dilaknat oleh Allah tapi Nabi SAW tidak akan mengaku umat more better that you keep dakwah them not to support them.
“Ini tuan telah memberi sokongan kepada mereka supaya mereka lebih terjerumus. Follows prophet not our logical,” tulis warganet.
Ada juga yang menasihati Shah Rezza supaya tidak menyokong persembahan golongan transgender kerana dia dikenali ramai.
“Tuan ni ‘public figure’…Jangan la support benda-benda macam ni,” komen warganet lagi.
Tidak melenting dengan komen negatif warganet, Shah Rezza kemudiannya membalas komen-komen mereka dengan baik.
“Macamana nak betulkan orang kalau kita meminggirkan mereka. Macam mana mereka nak minta If we are not approachable how do u expect to come to u for help. I have always dealt with controversial people. The satisfaction is when we take the challenge and not just be in comfort zone. This is my IG and I know what I want to do with it,” tulisnya.
Dalam pada itu ada warganet yang menasihati Shah Rezza supaya memakai topeng ketika menghadiri majlis keramaian kerana penularan wabak COVID-19.
“Syor pada tuan yang mulia, pakai mask sebagai langkah pencegahan. Dalam sesuatu event yang menghimpunkan sekian bilangan orang, kebarangkalian virus itu ada agak tinggi. Pakai mask ya tuan,” nasihat seorang lagi warganet.
Foto tersebut telah menerima lebih 2,300 tanda suka dengan 190 komen daripada pengikut di IG.