Pelakon Riena Diana menyatakan rezeki seorang pelakon itu jika mempunyai rupa yang cantik serta mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.
Menurut Riena, jika tidak dipupuk minat dalam lakonan maka rugi kelebihan yang telah diberikan.
"Itu adalah rezeki masing-masing. Berlakon sebenarnya boleh dipupuk.
"Walaupun mempunyai pengikut yang ramai di Instagram (IG), kalau tidak ingin belajar seolah menyekat rezeki sendiri.
"Kalau diberi peluang untuk melakonkan watak utama serta kelebihan mempunyai pengikut yang ramai, gunakan sebaik mungkin kerana orang lain belum tentu dapat," katanya kepada Gempak.
Riena ditemui ketika Siri Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 di Management And Science University, Shah Alam.
Menurut Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana akui dirinya masih baru dalam industri lakonan namun begitu dia mengamalkan sikap bertegur sapa dengan pelakon senior ketika di set penggambaran.
"Saya sendiri masih jagung dalam industri lakonan ini.
"Macam saya sendiri, apabila berjumpa dengan pelakon senior, saya akan pergi bertegur sapa untuk mendapatkan 'chemistry' supaya lakonan itu berhasil.
"Sangat penting berkomunikasi dengan pasangan dalam lakonan bagi mencantikkan lagi babak tersebut," katanya lagi.