Pelakon Hafidz Roshdi kini semakin kerap memuat naik gambarnya membina badan, sama ada di gym, mahupun berlatih sendiri.
Hafidz yang dikenali dulu mungkin nampak lebih pemalu berbanding sekarang yang lebih terbuka untuk berkongsi bentuk tubuhnya yang dibina bersama peminat.
Terbaru Hafidz memuat naik sekeping gambar tidak berbaju mungkin sesudah beliau habis membuat latihan di gym.
Pada caption gambar tersebut tertulis "road to 10% body fat".
Ada juga komen-komen nakal daripada netizen yang ditinggalkan pada entri tersebut. Malah ada juga yang memuji badannya yang semakin sado dan lawa.
Hafidz berkahwin dengan Nurul Shuhada pada April 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Humairah.
Kredit Gambar: Instagram