Siapa yang tidak gembira kalau kehidupan yang dilalui boleh dikatakan 'sempurna' dengan segala anugerah yang diberikan oleh Yang Maha Esa.

Itulah yang ditulis oleh pengurus kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak yang juga merupakan kakak ipar kepada Siti tentang tarikh 1hb Disember 2020.

Apa yang diperkatakan oleh Rozi adalah mengenai kehidupan, perniagaan dan kerjaya Siti.

"Allah kurniakan rezeki beliau hamil anak ke-2 pada usia 41 tahun. Diumumkan secara rasmi hari ini (Selasa, 1 Disember).

Baca: Siti Nurhaliza Umum Hamil 4 Bulan

"Beliau melancarkan produk terbaharu perniagaan Beausiti, Beautessence dan BeauNest @beausitiofficial dilancarkan hari ini (Selasa, 1 Disember).

Baca: Proses IVF, Mudah Menangis, Reaksi Aafiyah – Ini 7 Jawapan Siti Nurhaliza Tentang Kehamilan Kedua

"Beliau diumumkan sebagai Penyanyi atau Artis Malaysia Paling Banyak Distrim Sepanjang 2020 (Spotify Wrapped) diumumkan juga hari ini," tulis Rozi di Instagram miliknya dan turut dikongsikan oleh Siti.

Rozi turut berdoa semoga penyanyi nombor satu negara itu terus kekal menjadi Siti Nurhaliza, istiqomah, merendah, berhemah, tabah dan setiap perjalanan hidup dipermudah.

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi)


Sementara itu, pada tarikh yang sama iaitu 1 Disember 2020, Siti turut melancarkan video muzik untuk lagu Kuasa Cintamu di saluran YouTube miliknya.

Lagu tersebut dicipta oleh pencipta terkenal Indonesia, Melly Goeslaw dan liriknya pula ditulis bersama Melly dan Siti.

Baca: “Mata Tokti Penuh Tersirat 11 Saat Simbolik 11 Tahun Tunggu Kehadiran Siti Aafiyah,” - Muzik Video Kuasa Cintamu Buat Peminat Sebak