Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

1 Juta Penonton Approved Mechamato Movie, Menteri Komunikasi & Digital Umum Tambah Showtime Di Pawagam!

Shahrin Zulkifle
19/12/2022 06:00 MYT

Filem animasi terbaik tahun ini Mechamato Movie terus mencipta rekod apabila berjaya meraih jumlah tontonan seramai 1 juta penonton sehingga semalam tayangannya.

Filem yang diarahkan oleh Nizam Abd Razak itu masih ditayangkan di seluruh pawagam dan jelas mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada penonton sehingga tiket sering habis terjual.

Biarpun dengan kehadiran beberapa filem luar, ia tidak menghalang buat Mechamato Movie untuk kekal menjadi pilihan utama penonton.

BACA: Mechamato Movie Pilihan Utama Penonton Malaysia Di Pawagam, Tiket Sentiasa Sold Out!

Sementara itu, satu lagi berita gembira diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, Yang Berhormat Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dengan memaklumkan bahawa masa tayangan (showtime) bagi Mechamato Movie di pawagam telah ditambah.

“Saya baru terima pengesahan daripada CEO Finas, GSC cinemas telah tambah masa tayangan Mechamato Movie.

“Terima kasih KPP Wajib Tayang atas tindakan segera,” kongsi beliau menerusi satu ciapan di laman Twitter miliknya baru-baru ini.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Astro Shaw #Monsta #Mechamato Movie #Showtime