Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang arahan pengarah tersohor Mamat Khalid telah menemui penonton bermula 15 April yang lalu.

Sudah mencecah kutipan sebanyak RM3 juta dalam masa 10 hari tayangan di Astro First, ramai wargamaya memberikan rating yang tinggi terhadap filem bergenre komedi ini.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi pendapatnya tentang filem yang menggabungkan 16, 17 Puasa dan drama Kampong Pisang Bersiri-Siri ini.

“Steady betol movie 18 Puasa Di Kampong Pisang. Aku bagi 10/10 la. Semua isu and orang kayangan kena sapu bersih dalam movie tu kahkahkahkah,” tulisnya menerusi satu ciapan.

Malah, ada juga wargamaya yang sangat menggemari filem ini kerana mesej yang ingin disampaikan cukup mendalam.

“Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang yang bagi aku sangat best. Banyak mesej. Banyak pengajaran kita boleh ambil daripada movie ni. Serious talk aku suka gila. Tahniah,” ujar seorang wargamaya lagi.

Filem ini masih mengekalkan pelakon Kampong Pisang Bersiri-siri antaranya Barkoba (Bell Ngasri), Pak Din (Kazar Saisi), Pak Karim (Mat London), Pak Jabit (Aziz M Osman), Cik Purnama (Dewa Sapri), Daud M (Joey Daud) Faguha Jabar (Rashid Othman), Ahmad Yasin (Ahmad Yasin) dan Yah Kuchei (Afea Deana).

Selain itu, filem ini turut dimeriahkan dengan penampilan karakter istimewa seperti Tyson 1 (Namron), Tyson 2 (Jaafar Onn), Kiambang (Siti Elizad Mohamad Sharifuddin), Ustaz Kazim (Datuk Ustaz Kazim), Ayahanda Rani Kulop (Rani Kulop), Manap Sengau (Yeop Hitler), Penjaga Neraka (Man Raja Lawak) dan ramai lagi.

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang mengisahkan sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan.

Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, dia telah didatangi si iblis yang membawanya kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Tonton filem komedi sarat mesej ini Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 mulai 15 April 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.