gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Kaki Terseliuh Ketika Jalani Sesi Sound Check Berkumpulan, Ray-D Akui Takut Jejaskan Persembahan - “Saya Ambil Inistiaf Rawat Sendiri”
VIRAL
Gempar Kes Perkahwinan Sejenis, Rupa-Rupanya Pengantin Lelaki Khunsa!
HIBURAN
Watie Luah Kesedihan Di Hari Ibu, Kenang Kehilangan ‘Seseorang’ Yang Sukar Dilupakan - “Aku Masih Ingat Hari Itu…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

"10 Kali Ulang, Sedap Sangat" - Lagu Baru Alyah Hakikat Jiwa Penuh Syahdu, Ramai Tersentuh

gempak
Amri Hassan
27/05/2020
13:14 MYT
Sponsor Banner
"10 Kali Ulang, Sedap Sangat" - Lagu Baru Alyah Hakikat Jiwa Penuh Syahdu, Ramai Tersentuh
Lagu terbaharu nyanyian Datin Alyah berjudul Hakikat Jiwa mendapat pujian ramai hingga ada yang mendengarnya berulang kali.
Meninjau ruangan komen akaun Instagram Alyah yang memuat naik sedutan muzik video lagu terbabit, kebanyakannya menulis komen positif terhadap lagu terbabit.
"Dah 10 kali dengar kat YouTube, sedap sangat. Tahniah Alyah. Suka lagu ini," tulis salah seorang pengguna.
View this post on Instagram
Tahniahhhh Datuk @ayuputeh & @pencilpicturesrecords buat Ada Apa Dengan Dosa & Tayangan rasmi music video Hakikat jiwa di youtube pencil picture ???
A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on May 26, 2020 at 7:11am PDT
Malah, ada yang memuji keunggulan vokal Alyah dalam lagu ciptaan Omar K dan Ikhwan Fatana itu.
Lagu Hakikat Jiwa dimuatkan sebagai runut bunyi filem Ada Apa Dengan Dosa yang bakal ditayangkan pada 4 Jun ini.
Ada Apa Dengan Dosa mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records yang menjalani penggambaran di Scotland pada 2018 itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Lagu Hakikat Jiwa pula boleh distrim di platform digital termasuk YouTube Astro Shaw.
Topic Berkaitan
#Alyah
#Ada Apa Dengan Dosa
#Hakikat Jiwa
Must-Watch Video